fbpx
Keadaan kilang memproses minyak yang terbakar malam tadi di Olak Lempit di Banting hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

‘Dengar bunyi meletup lebih sejam, api marak setinggi bangunan 10 tingkat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANTING – Beberapa saksi yang berada berhampiran kilang pemprosesan minyak yang terbakar di Olak Lempit di sini malam tadi menyifatkan api menjulang setinggi bangunan 10 tingkat selain letupan berterusan selama sejam.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Hong berkata, keadaan api yang marak menyebabkan pihak polis terpaksa mengarahkan semua pekerja yang berada di premis berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku di sebelah premis tempat dia bekerja oleh pegawai keselamatan kira-kira pukul 10 malam.
“Setibanya di lokasi kejadian, saya lihat api mula marak. Pada pukul 11 malam, kebakaran makin teruk dengan api menjulang setinggi bangunan 10 tingkat.

“Kami cuba membantu memadamkan api bagi mengelakkan ia merebak dengan lebih cepat ke kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, sebuah kilang pemprosesan dan pengurusan sisa minyak di Kampung Olak Lempit terbakar dengan usaha memadam api di kawasan terjejas masih diteruskan setakat ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 10.03 malam.

Pihak bomba menghantar enam jentera dengan kekuatan 37 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian. Anggaran peratusan kebakaran adalah 80 peratus.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI