fbpx
Tangkap layar video seorang pelajar terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Cheras, hadapan KPMC, semalam.

[VIDEO] Lintas secara tiba-tiba, pelajar cedera dirempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal di Jalan Cheras, hadapan Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang dan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dengan seorang pejalan kaki.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal yang bekerja sebagai pekerja swasta dipercayai telah melanggar pelajar terbabit yang melintas secara tiba-tiba di laluan motosikal berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, pejalan kaki mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki kanan, manakala penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd. Zakria di talian 012-326 8496,” katanya.

Ujarnya, pihak polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI