fbpx
Ramanan mendengar penerangan daripada pelajar program Aviation berkaitan Aircraft Maintenance ketika lawatan ke ADTEC JTM Kampus Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

95 peratus graduan ADTECH JTM dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kadar kebolehpasaran pasaran graduan Kolej Teknologi Tinggi Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) mencapai paras memberangsangkan sehingga 95.5 peratus tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, jumlah itu meliputi graduan di 33 kampus seluruh negara dan dua kampus satelit di Sabah serta Sarawak.

Jelas beliau, perkara itu membuktikan kejayaan JTM sebagai agensi pelaksana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran buruh semasa.
“Selain kadar kebolehpasaran yang tinggi, sejumlah 97.2 peratus majikan berpuas hati dengan graduan yang diambil bekerja.

“Kesemua graduan itu antaranya melibatkan sektor minyak dan gas, kejuruteraan, pembuatan elektronik dan kimpalan,” katanya selepas melakukan lawatan rasmi di ADTEC JTM kampus Shah Alam di sini, petang ini.

Terdahulu, beliau turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kolej itu dan Malaysia Airlines Berhad Engineering Services (MABES) bagi menyediakan latihan kemahiran serta peluang pekerjaan kepada pelajar.

Tambah Ramanan, kolej itu telah memberi latihan kepada lebih sejuta pelajar dalam pelbagai sektor sejak 2010 selain turut menjalin kerjasama dengan 400 syarikat seperti Proton dan Petronas dalam memastikan peluang pekerjaan kepada graduannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI