JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian orang ramai apabila kekasihnya minta berpisah hanya kerana dia membeli sebuah rumah berbanding kereta, lapor portal berita Lambe Turah
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @racarcm menunjukkan perbualan antara lelaki itu bersama teman wanitanya mengenai rumah yang dibeli.
“Sayang, alhamdulillah saya sudah terima kunci rumah,” demikian menurut mesej lelaki itu.
“Kenapa beli rumah? Lebih baik beli kereta supaya senang untuk kita keluar dan tidak huru-hara apabila hujan turun,” jawab teman wanitanya.
Lebih mengejutkan apabila wanita itu enggan meneruskan hubungan dan memilih untuk berpisah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bersyukur dijauhkan dari wanita seperti itu,” kata seorang netizen. – AGENSI














