fbpx
Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Jalan Sentul hari ini.

Warga emas maut dilanggar ketika melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Jalan Sentul berhampiran Sentul Pasar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun dipercayai melintas dari bahu kiri ke bahu kanan jalan di lokasi yang bukan lintasan pejalan kaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti sedang bergerak lurus di lorong kedua dari kiri menghala ke pusat bandar sebelum melanggar mangsa.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa yang merupakan wanita tempatan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan usaha mengesan kenderaan terlibat sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup serta mengesan saksi bebas.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI