fbpx
SEORANG jurulatih direman empat hari bagi membantu siasatan kes liwat pelatih yang juga kanak-kanak bawah umur di Kota Tinggi.

Jurulatih bola sepak ditahan liwat pelatih bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang jurulatih bertauliah bola sepak ditahan selepas disyaki meliwat pelatihnya yang juga kanak-kanak bawah umur di Tanjung Sedili, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihak polis menerima laporan kes itu pada Jumaat lalu melibatkan suspek berusia 50 an yang juga jiran mangsa.

“Kanak-kanak lelaki berumur 15 tahun itu disyaki telah dicabul dan diliwat oleh suspek semasa berada di kampung tersebut dan mangsa sendiri telah membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk permohonan reman di bawah peruntukan Seksyen 117 Kanun prosedur jenayah dan reman telah dibenarkan selama empat hari.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwaraya untuk mendapatkan arahan pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI