Presiden Donald Trump memperhebatkan rancangan beliau untuk mendapatkan tanah jajahan bersalji Denmark, Greenland di rantau Artik atas alasan kepentingan strategik dan keselamatan Amerika Syarikat (AS). Pelbagai kaedah dibincangkan oleh pasukan penasihat Trump termasuk pendedahan White House bahawa Washington mungkin merasuah warga Greenland menerusi bayaran tunai antara AS$10,000 (RM41,000) hingga AS$100,000 (RM406,000) bagi setiap individu supaya membenarkan AS mengambil alih wilayah mereka. Ini bermakna AS perlu membayar sehingga AS$5.6 bilion (RM23 bilion) kepada penduduk Greenland yang dianggarkan berjumlah cuma kira-kira 56,000…














