fbpx

Pemacu Elektrik Quark GAC Peroleh Dwipensijilan Keselamatan Fungsian dan Sekuriti Maklumat DAkkS ASIL D Pertama Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUANGZHOU, China, 12 Januari 2026 /PRNewswire/ — Baru-baru ini, sistem kawalan domain kuasa Quark E-Drive yang dibangunkan secara bebas oleh GAC memperoleh dwipensijilan pertama di dunia bagi keselamatan fungsian dan sekuriti maklumat ASIL D yang bersepadu secara mendalam yang diakreditasi oleh DAkkS, iaitu badan akreditasi kebangsaan Jerman. Pensijilan ini dinilai dan dikeluarkan oleh SGS-CSTC Standards Technical Services Co., Ltd. (SGS), lembaga pensijilan yang diiktiraf pada peringkat global.


ISO 26262 ialah piawaian teras yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa bagi keselamatan fungsian automotif. Dalam kerangka ini, ASIL D mewakili tahap integriti keselamatan automotif tertinggi yang memerlukan toleransi hampir sifar bagi kegagalan kritikal-keselamatan. Memperoleh pensijilan ASIL D yang diakreditasi oleh DAkkS menunjukkan bahawa produk yang diperakui memenuhi piawaian tertinggi yang diterima pada peringkat global untuk keselamatan automotif.

Sistem kawalan domain kuasa Quark E-Drive yang diperakui ini telahpun digunakan dalam pengeluaran sejak Februari 2025 dan kini digunakan merentas pelbagai model di bawah jenama-jenama GAC – HYPTEC dan AION. Sebagai sistem domain kuasa pemacu elektrik yang pertama dalam industri ini berdasarkan integrasi mendalam menggunakan cip kawalan utama tunggal, penyelesaian ini mengurangkan kiraan cip dengan ketara, meminimumkan risiko yang berkaitan dengan kegagalan peringkat cip dan meningkatkan kecekapan pengawal motor setinggi 99.9%. Pensijilan ini mengesahkan bahawa GAC melengkapkan kitaran hayat pembangunan produk penuh pada sistem ini yang memenuhi dengan ketat piawaian keselamatan fungsian ISO 26262:2018 dan piawaian sekuriti maklumat ISO/SAE 21434:2021.

Sepanjang projek ini, GAC Technology Research Center bekerjasama erat dengan pakar-pakar SGS bagi memperkukuh reka bentuk keselamatan dalam kesemua fasa pembangunan dan dalam masa yang sama memastikan kebolehlaksanaan kejuruteraan serta pengalaman pengguna yang optimum.

Zhao Hui, Naib Presiden SGS China, mengulas: "Kejayaan memperoleh pensijilan ini menonjolkan pasukan GAC yang mantap dan sistem pembangunan yang kukuh. Kami berbesar hati menyokong keselamatan Quark E-Drive dan berharap dapat menjalin kolaborasi yang lebih erat."

Pencapaian penting ini merupakan suatu kejayaan yang besar buat GAC dalam aspek keselamatan pemacu elektrik dan turut menetapkan penanda aras global yang baharu untuk industri kenderaan elektrik pintar.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4860606_MS60606_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI