fbpx

Bateri Magazin dan Bateri Keadaan Pepejal GAC Menang Penghormatan Negara Tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING, 12 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 29 Disember, "Memajukan Laluan Menuju Kekuatan Nasional: Pencapaian Pembuatan China di Bawah Rancangan Lima-Tahun ke-14" yang dianjurkan secara bersama oleh Muzium Negara China dan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat dibuka secara rasmi di Muzium Negara China yang mempamerkan lebih daripada 300 pencapaian terbaik negara. "Pasukan Jurutera Cemerlang Kebangsaan" GAC berjaya membangunkan Bateri Magazin dan juga Bateri Keadaan Pepejal yang dipilih untuk pameran ini.


Bateri Magazin GAC merupakan sistem bateri pertama yang lulus ujian keselamatan tanpa nyala dan tanpa cucuhan tembusan paku. Dengan menggunakan sel keselamatan intrinsik ultra-tinggi, sistem pemantauan keselamatan aktif "berasaskan hujung-kenderaan + awan" semua-cuaca serta sistem perlindungan keselamatan berbilang dimensi, Bateri Magazin dapat mencapai tiga lapisan perlindungan: teras, aktif dan pasif. Prestasi keselamatannya jauh melangkaui keperluan keselamatan bateri tarikan kenderaan elektrik (GB38031-2025) yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026. Pada masa ini, Bateri Magazin mencapai pasang atur kumulatif sebanyak 1.3 juta kenderaan dengan pembakaran spontan sifar dan lebih 50 bilion kilometer perjalanan yang selamat, seterusnya memberikan jaminan keselamatan yang mantap kepada pengguna untuk setiap perjalanan.

Bateri keadaan pepejal berkapasiti besar yang dibangunkan sendiri oleh GAC mencapai ketumpatan tenaga melebihi 400 Wj/kg dan lulus dengan mudah ujian keselamatan yang ketat seperti ujian kebuk terma 200°C dan ujian tembusan paku, seterusnya dapat mengatasi isu kebimbangan jarak dan kebimbangan keselamatan oleh pengguna dengan berkesan. Inovasi dalam bahan dan proses meletakkan bateri keadaan pepejal di barisan hadapan industri ini berkaitan penunjuk utama seperti keselamatan, ketumpatan tenaga dan hayat kitaran, lantas menyediakan penyelesaian kuasa yang unggul untuk pembangunan NEV pada masa depan. Ketika ini, barisan pengeluaran rintis untuk bateri keadaan pepejal GAC telahpun diwujudkan yang berupaya menghasilkan bateri keadaan pepejal gred kenderaan secara besar-besaran melebihi 60 Ah yang memperlihatkan satu langkah yang kritikal ke arah mencapai matlamat integrasi kenderaan penuh menjelang tahun 2026.

Selama bertahun-tahun, GAC meningkatkan daya saingnya secara berterusan melalui inovasi merentas ketersambungan pintar, teknologi rangkaian kuasa NEV dan teknologi berpandangan jauh. Memandang ke hadapan, GAC akan terus memperdalam usahanya dalam bidang NEV terhubung pintar, seterusnya memanfaatkan lebih banyak pencapaian teknologi yang utama demi memacu kemajuan industri.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4860611_MS60611_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI