fbpx
Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong, Kota Bharu. - GAMBAR HIASAN

Buruh didakwa ‘sentuh’ anak 11 tahun tiga hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 11 tahun selama tiga hari berturut-turut tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 48 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 11 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Kuala Krai, dekat sini pukul 8 malam, 19 Jun 2025, 8 malam pada 20 Jun 2025 dan 11 pagi, 21 Jun tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad manakala tidak mencadangkan jaminan ke atas tertuduh kerana kes itu membabitkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar Saharrudin bagaimanapun merayu jaminan minimum atas alasan anak guamnya bekerja sebagai buruh kampung dan bersedia dengan syarat ketat yang ditetapkan mahkamah.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa. Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Februari depan. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI