fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Sasha di laman Threads.

Pempengaruh pecat pembantu rumah lempang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa terkejut apabila mendakwa anak sulungnya, Isabella, menjadi mangsa pukul pembantu rumah yang telah bekerja dengan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Dakwaan itu dikongsikan Sasha menerusi satu hantaran di laman Threads yang mendedahkan perbualan mengejutkan antara dirinya dan Isabella yang kini berusia enam tahun.

Menurut Sasha, perkara itu terbongkar ketika mereka sedang makan tengah hari bersama apabila beliau secara santai bertanyakan pandangan anaknya terhadap pembantu rumah berkenaan.

“Semalam waktu makan tengah hari saya tanya Isabella adakah dia menyukai pembantu rumah. Isabella jawab, ‘Tak mommy, dia pernah lempang muka saya sekali,’” katanya dalam perkongsian tersebut.

Lebih mengejutkan, Sasha berkata anaknya turut mendedahkan kejadian itu berlaku ketika waktu makan malam kerana enggan menjamah makanan yang

Dalam perkongsian sama, Sasha turut mendakwa pembantu rumah tersebut sebelum ini pernah meminta kenaikan gaji dengan alasan menjaga anak sulungnya.

Bagaimanapun, Sasha menjelaskan Isabella kini sudah mampu berdikari serta memahami perkara asas dan tidak lagi memerlukan pengawasan rapi seperti sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI