fbpx
GYOKERES (tengah) dikritik hebat para peminat Arsenal kerana gagal menjaringkan gol dalam banyak perlawanan sebelum ini. - AFP

Arteta dedah punca Gyokeres bergelut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sedia untuk terus memberi peluang buat Viktor Gyokeres membuktikan keupayaannya selaku penyerang utama pasukan pada aksi Piala FA menentang Portsmouth, di tempat lawan malam ini.

Sebagai rekod, prestasi Gyokeres dikritik hebat oleh peminat The Gunners yang menganggap prestasi penyerang antarabangsa Sweden itu seperti indah khabar dari rupa selepas bergelut untuk menjaringkan gol secara konsisten musim ini.

Kata Arteta, apa yang dipamerkan oleh Gyokeres sudah cukup positif kerana tidak semestinya dia perlu menjaringkan gol kerana sumbangan yang diberikan di jentera serangan ketika ini sangat baik.

“Gyokeres baru sahaja tiba di England dan saya rasa belum ada keluarga yang menetap di sini. Mungkin di tempat lama lebih selesa, tetapi di sini anda terdedah dan tinggal lima bulan di hotel.

“Kemudian aspek perubahan jadual kerana di England kita beraksi setiap tiga hari. Bukan mudah untuk dia sesuaikan diri kerana sistem pun berbeza dan pemain No. 9 perlukan keserasian sebelum meledak,” katanya.

Sementara itu, pertahanan Portsmouth, Regan Poole memberi amaran sedia merantai jentera serangan The Gunners dalam misi melakar sejarah mara ke pusingan seterusnya.

“Kami tidak akan biarkan mereka bermain seperti biasa dengan memberikan tekanan awal. Harus diakui Arsenal adalah kelab terbaik di England ketika ini tetapi kita mampu lakar kejutan di laman sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI