LAS VEGAS, 9 Januari 2026 /PRNewswire/ — Rokid, perintis bertaraf global bagi interaksi manusia-komputer dan realiti terimbuh mengumumkan satu kolaborasi strategik bersama Ant International, penyedia pembayaran digital, pendigitan dan teknologi kewangan global yang terkemuka untuk mendayakan fungsian pembayaran pada Rokid Glasses dan Rokid Ai Glasses Style—kaca mata pintar AI ekosistem terbuka pertama di dunia yang diperkenalkan baru-baru ini pada peringkat global di CES 2026, lantas memperluas senarai tindakan dunia nyata untuk teknologi boleh pakai dikuasakan AI.
Integrasi dengan Alipay+ GlassPay, iaitu penyelesaian pembayaran terbenam yang direka oleh Ant International khususnya untuk kaca mata pintar, membolehkan pengguna menyelesaikan pembayaran melalui produk Rokid AI&AR menggunakan dompet digital disokong yang dihubungkan melalui Alipay+, lalu mendayakan transaksi AR dikuasakan AI bebas tangan.
Dengan mengintegrasikan Alipay+ GlassPay pada Rokid Glasses dan Rokid Ai Glasses Style, pengguna boleh memulakan dan mengesahkan pembayaran secara terus melalui antara muka kaca mata yang menggabungkan antara muka suara dikuasakan AI, interaksi niat, pengimbasan kod berasaskan kamera dan pengesahan biometrik. Kolaborasi ini dapat mempermudah senario pembayaran harian, termasuk pembelian runcit, transaksi berkaitan perjalanan dan penggunaan rentas sempadan. Ciri pembayaran ini menekankan interaksi intuitif dan kebolehgunaan dunia nyata, lalu mendayakan transaksi tanpa beralih kepada antara muka pegang.
Alipay+ ialah gerbang dompet global yang menyediakan perkhidmatan pembayaran dan pendigitalan rentas sempadan yang menghubungkan lebih 1.8 bilion akaun pengguna pada lebih 40 penyedia pembayaran mudah alih kepada lebih 150 juta peniaga merentas lebih 100 pasaran teras. Melalui Alipay+, pengguna boleh membuat pembayaran yang diperkemas, mengakses pelbagai tawaran dan menggunakan perkhidmatan digital melalui aplikasi pembayaran pilihan mereka atau e-dompet semasa melancong ke luar negara.
Banyak perniagaan sudahpun memanfaatkan alatan digital Alipay+ bagi meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong pertumbuhan omnisaluran. Integrasi dengan Rokid Glasses memperluas keupayaan ini dan turut mencipta peluang baharu untuk peniaga dan juga pengguna.
Fungsian pembayaran memperkukuh visi kaca mata AI Rokid sebagai alatan harian yang praktikal dan bukannya peranti konseptual. Dengan menggabungkan paparan AR, interaksi AI dan pembayaran digital, Rokid dan Alipay+ mengurangkan pergeseran dalam aktiviti harian dan mengupayakan interaksi manusia-komputer yang lebih sejadi dan cekap.
Kolaborasi turut menyaksikan suatu pencapaian yang amat penting dalam evolusi pengkomputeran boleh pakai, seterusnya memperlihatkan sejauh mana kaca mata AI boleh diintegrasikan secara langsung dengan perkhidmatan digital dan kewangan dunia sebenar. Rokid merancang untuk terus memperluas aplikasi praktikal Rokid AI&AR Glasses melalui perkongsian dalam aspek pembayaran, perkhidmatan dan juga ekosistem perdagangan global.
Latar Belakang Rokid
Ditubuhkan pada tahun 2014, Rokid ialah sebuah syarikat platform berorientasikan produk dengan tumpuan pada interaksi manusia-komputer dan juga perintis global bagi realiti terimbuh (AR). Sebagai salah satu penginovasi terawal dalam industri ini, Rokid mereka bentuk perkakasan dan juga perisian pintar yang canggih, selain menyokong ekosistem AI yang teguh dan berciri terbuka. Syarikat ini diiktiraf secara meluas sebagai yang pertama menyediakan kaca mata pintar dengan capaian AI global berciri terbuka yang mengupayakan ciri terjemahan masa nyata dan interaksi AI merentas platform dan wilayah.
Rokid menawarkan perkhidmatan kepada pengguna, pembangun dan pengguna perusahaan di seluruh dunia serta menjadi tuan rumah kepada komuniti pembangun XR yang terbesar di China, dengan lebih 20,000 pembangun berdaftar dan 5,000 rakan perusahaan. Dikenali atas kecemerlangan kejuruteraan dan reka bentuk, Rokid menerima CES Innovation Award selama tiga tahun berturut-turut dan German iF Design Award sebanyak lima kali, lantas memperkukuh kepimpinannya dalam teknologi AI dan boleh pakai generasi akan datang.
Latar Belakang Ant International
Dengan ibu pejabatnya yang terletak di Singapura dan operasi utama di seluruh Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Latin, Ant International merupakan penyedia pembayaran digital, pendigitan dan teknologi kewangan global yang terkemuka. Melalui kolaborasi dalam sektor swasta dan awam, platform techfin berpadu kami menyokong institusi-institusi kewangan dan peniaga-peniaga daripada semua saiz bagi mencapai pertumbuhan inklusif melalui rangkaian penyelesaian pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan canggih yang komprehensif. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi https://www.ant-intl.com/
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859138_MS59138_6















