fbpx
Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) berkenan bergambar bersama barisan Exco Perlis baharu dan ADUN selepas istiadat angkat sumpah jawatan Exco di Istana Arau, hari ini.

Empat ADUN Bersatu angkat sumpah Exco Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Arau, di sini hari ini.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Berangkat sama menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Istiadat dimulakan dengan angkat sumpah oleh ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim; ADUN Sena, Marzita Mansor; ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan dan ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah.

Abu Bakar memegang portfolio Pentadbiran dan Kewangan, Pelaburan dan Ekonomi, Tanah dan Sumber Asli, Pelancongan dan Seni Budaya, Infrastruktur dan Kemajuan Luar Bandar serta Keselamatan dan Hubungan Sempadan.

Izizam pula menjalankan tugas mengikut portfolio Hal Ehwal Agama, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kepenggunaan serta Sumber Manusia dan Modal Insan.

Sementara Marzita Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pendidikan, Perpaduan serta Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan, manakala Megat Hashirat pula portfolio Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan dan Koperasi serta Alam Sekitar.

Seterusnya Wan Zikri bakal menjalankan tugas sebagai Exco Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan serta Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tiada wakil Exco daripada ADUN Pas selepas parti itu memutuskan untuk tidak menganggotai barisan Exco yang dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu.

Abu Bakar sebelum ini berkata, pelantikan Exco daripada kalangan ADUN Bersatu dibuat bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri serta kesinambungan agenda pembangunan di bawah Perikatan Nasional (PN).

Di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli daripada Pas, komposisi barisan Exco terdiri daripada tiga Bersatu dan lima Pas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI