fbpx

Rizman Ruzaini diperintah mahkamah bayar RM1.3 juta kepada Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mahkamah memperintahkan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini menerusi syarikat mereka Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd. melunaskan bayaran berjumlah RM1.3 juta berhubung satu kes saman sivil terhadap pelakon, Datin Intan Najuwa.

Menerusi dokumen bertarikh 16 Disember lalu difailkan suami aktres terbabit iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman, pihak mahkamah menetapkan jumlah pembayaran RM1.3 juta perlu diselesaikan oleh defendan sebelum 15 Januari 2026.

“Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Tambah bintang drama Kekasih Paksa Rela itu, kenyataan dibuat khusus kepada pihak Rizman Ruzaini tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain.

“Kenyataan ini dibuat secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas kami memilih untuk menunggu dan menghormati proses perundangan sepenuhnya,” ujarnya.

Sebelum ini, pereka fesyen Rizman Ruzaini enggan memberi sebarang komen apabila dikaitkan sebagai pihak yang berhutang dengan pelakon itu.

Salah seorang pengasas jenama tersebut, Rizman menganggap perkara itu biasa apabila nama mereka menjadi sebutan dalam isu berkaitan.

Menurut Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji, namun dikatakan mula mengelak apabila tiba masa untuk melunaskan hutang.

Susulan kenyataan itu, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini mula dikaitkan oleh netizen sebagai pihak yang dimaksudkan oleh Intan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI