fbpx
JARINGAN tunggal Danial Amier (kanan) sudah memadai untuk pastikan kemenangan 1-0 Kuching City ke atas KTRW FC di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Liga Super: Kuching City tambah derita KTRW FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kuching City terus mengekalkan momentum dalam saingan Liga Super selepas memastikan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Keputusan itu adalah kekalahan keenam berturut-turut KTRW FC hingga mencetuskan kebimbangan kepada peminat kelab itu selepas menyaksikan anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini hanya dipisahkan lima mata dengan PDRM FC di tangga tercorot Liga Super.

Ia berbeza buat The Cats yang kini unggul untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan Liga Super berturut-turut dan kini berada di tangga kedua dengan 28 mata.

Walaupun statistik babak pertama menjadi milik tuan rumah, Danial Amier Norhisham memastikan The Cats memiliki kelebihan bagi aksi 45 minit pertama.

Bersambung separuh masa kedua, permainan Kuching City bertambah baik namun kedua-dua pasukan tetap buntu untuk menghasilkan jaringan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI