fbpx
GAMBAR HIASAN

Rasuah projek: Pegawai kanan Tentera Darat masih dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pegawai kanan Tentera Darat (TD) yang disyaki terlibat dalam siasatan kes rasuah projek perolehan masih menerima rawatan perubatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, keterangan individu berkenaan masih belum diambil sepenuhnya.

“SPRM menghormati aspek kesihatan serta hak individu tersebut selaras dengan prinsip undang-undang dan akan mengambil keterangan sebaik sahaja beliau disahkan sihat oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM memaklumkan, bahawa tiada tempoh masa tetap ditetapkan bagi setiap fasa siasatan.

“Tempoh siasatan bergantung kepada kerumitan kes, jumlah saksi, serta keperluan analisis dokumen dan kewangan,” jelasnya.

Sebelum ini, pegawai kanan Tentera Darat dilaporkan tidak hadir memberi keterangan di Ibu SPRM selepas dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan SPRM telah merakam keterangan lima pemilik syarikat, dan jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilaporkan akan bercuti bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pegawai kanan itu akan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI