fbpx
Ayob Khan

14 ajaran sesat masih aktif, polis terus pantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 14 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif di negara ini dan  dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan ia tidak mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, secara keseluruhannya terdapat sebanyak 154 ajaran sesat direkodkan sejak tahun 1950-an berdasarkan maklumat jabatan agama dan pihak berkuasa lain.

Katanya, daripada jumlah itu, Cawangan Khas PDRM mengenal pasti sebanyak 114 ajaran sesat yang diberikan tumpuan serius.

“Sebanyak 14 daripadanya dikesan masih aktif, manakala lapan lagi berada dalam pemantauan berterusan. (Ajaran sesat yang dipantau) antaranya Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, Dewan Perkasa Ekonomi Islam, Millah Abraham, Nur Mutiara Mutmainnah, The Ahmadi Religion of Peace and Light,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Program Tahunan Masjid Saidina Ali di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam.

Ayob Khan menegaskan, kerjasama antara PDRM, jabatan agama negeri serta agensi berkaitan amat penting dalam mengekang penyebaran ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah dan mencetuskan isu keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN