fbpx
Mohammad Saslizam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan mengedar syabu.

Mekanik dituduh edar syabu 75kg di lorong RFID Tol Hutan Kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang mekanik berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 75 kilogram (kg), bulan lalu.

Tertuduh, Mohammad Saslizam Shaaree, 49, hanya mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd. Hamzah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah tersebut di lorong RFID Tol Hutan Kampung, di sini pada pukul 5.20 pagi, 22 Disember lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta  tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Huda Diyanah Amir Hamzah, manakala tertuduh diwakili peguam, Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd. Noor daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Kosmo! Online pada 23 Disember lalu melaporkan tindakan nekad seorang mekanik mengangkut syabu seberat 75kg bernilai RM2.4 juta demi upah RM15,000 menjerat diri apabila kecundang di tangan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN