fbpx
Berita palsu membabitkan Fahmi yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Fahmi minta penyebar fitnah insaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menasihati individu yang memuat naik keratan berita palsu di media sosial mendakwa TikTok Malaysia akan ditutup kerana merugikan negara supaya insaf.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Fahmi berkongsi hantaran tular bertajuk ‘TikTok Malaysia akan ditutup kerana ia merugikan negara kita – Fahmi Fadzil’ yang dimuat naik individu terbabit.

“Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak syarikat terlibat turut mengeluarkan kenyataan hari ini bagi menafikan tajuk berita tersebut.

Katanya, hantaran berkenaan yang mengaitkan Fahmi dengan isu TikTok adalah palsu, direka dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tangkap layar tular itu adalah fitnah semata-mata, bukan daripada saluran rasmi kami,” kata kenyataan itu.

Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN