fbpx
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad (kiri) berkata, apa yang berlaku selepas tamat program bercorak islamik adalah di luar bidang kuasa produksi.

‘Kontroversi lepas tamat program islamik, kami tak boleh kawal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HAMPIR sedekad tanpa program realiti bertemakan islamik, Astro kembali dengan rancangan baharu yang segar dan relevan diberi nama Mualim Muda. 

Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah platform untuk mencungkil bakat kepimpinan agama dalam kalangan belia, mendidik masyarakat melalui pendekatan dakwah kontemporari, serta melahirkan ikon muda Islam yang dihormati generasi baharu.

Seramai 10 peserta dipilih menerusi sesi uji bakat. Antara tugasan teras dalam Mualim Muda adalah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan dan komunikasi.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, tempoh 10 tahun yang diambil untuk menerbitkan semula program realiti islamik disebabkan ingin memberi ruang kepada pemenang dan peserta program terdahulu seperti Imam Muda dan Pencetus Ummah mencipta nama.

“Sekarang adalah zaman digital dan media sosial. Jadi pendekatan dakwah para peserta juga perlu selaras dengan masa kini,” katanya.

Ditanya adakah kontroversi yang berkait dengan peserta-peserta program sebelum ini menjadi salah satu faktor Astro berehat selama 10 tahun, Raqim menepis dakwaan itu.

“Tidak sama sekali kerana apabila kami menerbitkan setiap program, kami akan periksa latar belakang setiap peserta untuk memastikan mereka benar-benar layak. Mereka perlu ada latar belakang pendidikan Islam.

“Tetapi apa yang berlaku selepas tamat program adalah sesuatu yang kita tak boleh kawal. Apa yang terjadi sama ada kontroversi dan sebagainya adalah dugaan untuk mereka,” jelasnya.

Sementara itu, bagi Haris, peluang untuk mengendalikan Mualim Muda mengimbau semula kenangan sewaktu dia menyertai Pencetus Ummah musim keempat, 10 tahun lalu. 

“Saya antara peserta Pencetus Ummah musim yang terakhir 10 tahun lalu. Bila saya lihat peserta-peserta Mualim Muda, teringat sewaktu saya mula-mula membabitkan diri dengan program sebegini. Ketika itu saya berusia 21 tahun,” katanya. 

Bagi Neelofa pula pembabitannya sebagai juri tetap didorong sokongan suami. Menurutnya, pada awalnya dia hanya mahu menjadi juri untuk satu episod sahaja.

“Bila saya tanya, Haris kata sambutlah program yang baik, jangan lepaskan. Dia minta saya terima tawaran untuk jadi juri tetap. Jadi saya terima. Mungkin ada ilmu-ilmu yang saya juga boleh dapat daripada peserta-peserta ini,” kongsinya.

Mualim Muda mula bersiaran secara langsung di saluran Astro Oasis dan Astro Prima secara serentak bermula 19 Disember 2025 setiap Jumaat pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI