fbpx
Anggota bomba ketika membantu mengeluarkan mayat mangsa kemalangan di Ayer Itam, hari ini.

Warga emas maut, kereta tertusuk besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang warga emas maut apabila kereta yang dia pandu dikatakan terbabas ke kawasan kerja-kerja pengorekan jalan sebelum ditusuk dengan sebatang besi dalam kejadian di Desa Mawar, Ayer Itam di sini, hari ini.

Mangsa, Lim Soon Teik, 67, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada bahagian muka.

Difahamkan, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa secara berseorangan itu telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan yang ditutup bagi kerja-kerja pemasangan kabel elektrik.
Akibat kejadian itu, sebatang besi telah tertusuk dari bahagian bawah keretanya sehingga menembusi ke bumbung kenderaan tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.37 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kemalangan.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong.

“Insiden kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang terbabas di bahu jalan. Terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan telah diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa telah dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, operasi menyelamat mangsa kemalangan tamat sepenuhnya pada pukul 11.05 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI