fbpx
Tangkap layar video tular sebuah treler melanggar tiga kereta di kawasan R&R Jejantas Ayer Keroh, daerah Alor Gajah, Melaka semalam.

[VIDEO] Treler langgar tiga kereta halang laluan masuk R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah treler dilaporkan melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, daerah Alor Gajah, Melaka semalam.

Menerusi rakaman video yang dikongsi di TikTok, beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan itu mengalami kerosakan selepas dilanggar dan diheret treler yang mahu memasuki laluan ke R&R tersebut.

Dipercayai semua pemandu kenderaan terbabit tidak berada di dalam kereta masing-masing semasa kejadian itu berlaku.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu tersebut kerana dikatakan ruang tersebut cukup untuk dilalui oleh kenderaan itu.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan tindakan pemilik kereta meletakkan kenderaan di laluan tersebut sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

“Buat laporan polis saja. Kalau salah parking pun bukan boleh suka-suka hati untuk menghukum. Pihak berkuasa keluarkan saman saja dah tentu-tentunya parking dekat R&R itu penuh,” kata Ridzone.

“Parking penuh dekat dalam, saya letak dekat parking lori. Isteri duduk dalam kereta saya keluar pergi tandas, gilir-gilir tunggu dalam kereta. Jangan susahkan orang lain,” kata Hussein.

“Memang salah tapi aku tak sampai hati nak buat macam tu,” kata Juebarr. – KOSMO! ONLINE

@cyberjayaviral Keadaan lori langgar beberapa buah kereta yang parking tepi jalan rnr ayer keroh #viral ♬ original sound – Cyberjayaviral

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN