fbpx
KAMPUNG Salang yang terputus hubungan akibat gangguan komunikasi yang berlarutan di Pulau Tioman.

Kerajaan negeri kesal, mahu tindakan tegas terhadap syarikat Telco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Sikap pihak syarikat Telekomunikasi (Telco) yang tidak mengambil tindakan pemulihan dan pembaikan segera terhadap gangguan perkhidmatan selular di Kampung Salang, Pulau Tioman yang terus berlarutan amat dikesali.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia dan Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, justeru beliau memohon Menteri Komunikasi (Datuk Fahmi Fadzil) dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan penguatkuasaan lebih tegas berdasarkan kepada perundangan sedi ada.

“Saya berasa kesal kerana pihak Telco tidak mengambil tindakan pemulihan dan pembaikan dengan kadar segera sebaik sahaja berlakunya gangguan perkhidmatan selular ini.

“Ini jelas membuktikan bahawa pihak Telco tidak serius, sekaligus menunjukkan kegagalan mereka mengotakan janji bagi menyelesaikan sebarang isu gangguan perkhidmatan dengan kadar segera sepertimana yang telah dipersetujui semasa Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Telekomunikasi, Pos Dan Kurier Negeri Pahang yang diadakan pada 8 September 2025,”katanya di sini hari ini.

Semalam Kosmo! Online melaporkan lebih 100 penduduk Kampung Salang di Pulau Tioman di sini hidup dalam keresahan susulan ketiadaan talian komunikasi melibatkan talian telefon dan capaian internet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN