fbpx
PEMAIN negara, Muhammmad Fitri Haqim (No. 7) tidak dapat menahan kekecewaan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti. - FAM

34 saat pisahkan pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Hanya 34 saat yang memisahkan skuad futsal Bawah 19 Tahun (B-19) negara dengan pentas final Kejuaraan B-19 Asia Tenggara selepas tumpas 3-4 pada penentuan penalti kepada Thailand di Stadium Nonthaburi, sebentar tadi.

Terdahulu, aksi terpaksa diheret ke masa tambahan namun kedua-dua pasukan terpaksa akur keputusan 4-4 hingga pemenang terpaksa ditentukan pada sepakan penalti.

Walaupun ada jurang kualiti dengan pemain Thailand, pemain negara menzahirkan ‘jiwa pahlawan’ hingga mengejutkan tuan rumah yang turut mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.

Skuad negara sekali lagi bolos awal yang menyaksikan Pakhphum Thiamtee meledak gol pembukaan pada minit ke-3 namun kelebihan itu hanya bertahan seminit apabila Muhammmad Fitri Haqim Faizanizam kembali menyamakan kedudukan.

Seterusnya, aksi berintensiti tinggi terus dijelmakan kedua-dua pasukan dimana Thailand dan Malaysia saling mengatur serangan.

Walaupun Thailand mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri, anak buah Rakphol Sainetngam terus berjiwa besar hingga memaksa babak pertama berakhir seimbang 1-1.

Bersambung babak kedua, skuad negara mula menyerlahkan aksi penuh bertenaga apabila memperoleh dua gol menerusi Muhammad Aidil Zaquan Mohd Azman pada minit ke-26 dan Muhammad Adam Rayyan Nor Hisam (m-28).

Keputusan Thailand menggunakan taktikal ‘power play’ menyaksikan tuan rumah memperoleh gol kedua daripada Monthana Jankrakang pada minit ke-36 sebelum Thiamtee menghasilkan jaringan penyamaan ketika aksi hanya berbaki 34 saat untuk ditamatkan.

Pada masa tambahan, Thailand memperoleh gol keempat menerusi Thanakrit Ouansri pada minit ke-41 namun tujuh minit kemudian, skuad negara bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Iqbal Hazim Radzi.

Pada penentuan penalti, dua pemain negara, Muhammad Aidil Zaquan Mohd Azman dan Muhammmad Fitri Haqim tidak dapat menyempurnakan sepakan untuk mengesahkan kemaraan Thailand ke final.

Isnin ini, skuad negara dijadualkan menentang Vietnam yang tewas 3-7 kepada Indonesia pada satu lagi aksi separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN