fbpx
Cherki meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Nottingham Forest, sebentar tadi. - Foto ihsan FB Man. City

EPL: Manchester City terus buat Arsenal ‘tertekan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NOTTINGHAM – Manchester City tampil serius untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini selepas melakar kemenangan keenam berturut-turut apabila menewaskan Nottingham Forest 2-1, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium City Ground itu, skuad The Citizens membariskan jentera serangan terbaik menerusi gandingan berbisa Erling Haaland, Rayan Cherki dan Tijjani Reijnders.

Haaland memiliki beberapa peluang keemasan pada awal perlawanan tetapi gagal menepati sasaran dengan benteng Forest dikawal kebal oleh penjaga gol, John Victor.

Namun, benteng tuan rumah akhirnya dibolosi pada minit ke-48 menerusi penyudah Tijjani Reijnders selepas menerima hantaran tepat Cherki.

Tersentak dengan gol tersebut, Forest memperkemaskan jentera serangan dan hanya mengambil masa enam minit untuk menyamakan kedudukan hasil penyudah menarik Omari Hutchinson slepas menyudahkan hantaran Igor Jesus.

City yang terdesak untuk terus memberi tekanan terhadap Arsenal menggandakan asakan dan berjaya meraih gol kemenangan menerusi rembatan Cherki pada minit ke-83 dengan keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan City kini mengutip 40 mata selepas mengharungi 18 perlawanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN