fbpx
Shahidan

Jangan keruhkan lagi politik Perlis – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

ARAU – Semua ahli Pas diingatkan agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi perkembangan politik di Perlis termasuk mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, budaya parti itu lebih mengutamakan pendekatan bermesyuarat, bermuzakarah dan bersatu dalam semua perkara.

“Sebarang tindakan boleh mengeruhkan keadaan ibarat mencurah minyak ke api yang sedang menyala harus dielakkan. Daripada sudut agama dan akhlak, perbuatan tersebut juga tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan selepas mempersembahkan hasrat itu kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail susulan lapan ADUN Perikatan Nasional (PN) Perlis didakwa menarik sokongan terhadap beliau,

Shahidan yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri berkata, pemilihan Menteri Besar merupakan hak mutlak Raja Perlis dan nama yang dikemukakan kepada baginda hanyalah untuk dijadikan panduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN