fbpx
DORGU meledak gol tunggal perlawanan ketika United berjaya membenam Newcastle di Old Trafford awal pagi semalam. - AFP

EPL: Amorim terpaksa ketepikan ego

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim akhirnya berkompromi dengan taktikal 3-4-3 yang digemarinya apabila turun menggunakan formasi empat pemain pertahanan ketika menentang Newcastle United di Old Trafford awal pagi semalam.

Keputusan menggunakan taktikal baharu itu membuahkan hasil apabila United meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Patrick Dorgu yang melakukan sepakan volley pada babak pertama perlawanan.

Amorim menurunkan khidmat Diogo Dalot, Ayden Heaven, Lisandro Martinez dan Luke Shaw sebagai pemain pertahanan, manakala Dorgu yang sering beraksi sebagai pemain sayap bertahan berfungsi sebagai pemain sayap kanan.

“Saya fikir pada babak pertama kami menggunakan taktikal empat pemain pertahanan kerana itu membolehkan kami mencipta lebih banyak gerakan bermula dari belakang kerana ia membuatkan kami mampu menyimpan bola sebelum menyerang.

“Kami meletakkan Dorgu bermain lebih ke depan dan ia bukan perkara yang biasa untuk dia lakukan. Namun, dia menggunakan kebebasan yang diberikan untuk bermain dengan baik. (Manuel) Ugarte juga bermain dengan baik kali ini,” jelasnya.

Beberapa siri kecederaan pemain tonggak termasuk Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo menyebabkan Amorim menyenaraikan dan menurunkan pemain muda, Jack Fletcher yang juga anak kepada bekas pemain United, Darren Fletcher pada perlawanan itu.

“Dia (Jack) pemain yang merendah diri, bekerja keras dan berhak untuk mendapat minit permainan kali ini. Kami sentiasa cuba memilih pemain terbaik untuk beraksi.

“Saya memahami mengenai sejarah kelab ini terutama membentuk pemain muda untuk menjadi bintang, tetapi adakalanya saya terpaksa memilih hanya yang terbaik,” jelasnya.

United akan turun menentang Wolves pada aksi awal pagi Rabu ini di Old Trafford dan satu lagi kemenangan mampu memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN