fbpx
Zulkifli

Umat Islam haram sertai ‘secret santa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Umat Islam dilarang menyertai aktiviti seperti ‘secret santa’ kerana ia dikhuatiri boleh menormalisasikan amalan agama Kristian.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa penyertaan dalam program tersebut, termasuk yang dianjurkan di tempat kerja, adalah tidak dibenarkan dari sudut akidah Islam.

“Kami katakan bahawa menyertai program ‘secret santa’ yang dianjurkan oleh syarikat adalah dilarang.
“Justeru, kami sarankan agar individu yang terlibat berusaha meminta pengecualian daripada majikan atas dasar menghormati akidah dan keimanan terhadap agama Islam,” katanya.

Menurut beliau, penglibatan umat Islam dalam aktiviti tersebut boleh mengundang tohmahan masyarakat seolah-olah terdapat niat untuk menormalisasikan sambutan perayaan agama lain.

Dalam pada itu, Zulkifli turut mengingatkan umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak menjejaskan iman atau terdorong ke arah perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kami nasihatkan agar berhati-hati apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan iman atau mendorong ke arah kekufuran.

“Ingatlah bahawa seseorang boleh jatuh murtad apabila melakukan syirik, dan syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT,” ujarnya.

Secret santa ialah tradisi Krismas barat atau tradisi Saint Nicholas, yang mana ahli kumpulan atau komuniti ditetapkan secara rawak untuk memberi hadiah kepada seseorang.

Dalam masa sama, identiti pemberi hadiah hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN