fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Ah New Fishery Sdn Bhd di laman TikTok menunjukkan pemilik komputer riba bersama keluarga yang menemukan peranti berkenaan.

[VIDEO] Pulangkan MacBook, pemilik mahu belanja satu keluarga makan seafood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pembekal makanan laut di Tebrau, Johor Bahru menzahirkan rasa syukur selepas komputer riba jenis MacBook milik anaknya yang dilaporkan hilang berjaya ditemui semula hasil kejujuran sebuah keluarga di Batu Pahat, Johor.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok oleh @Ah New Fishery memaklumkan, dia sendiri ke Batu Pahat untuk mengambil semula komputer riba berwarna biru gelap itu daripada keluarga yang menemuinya.

Menurutnya, komputer riba bernilai kira-kira RM7,500 itu dijumpai oleh keluarga berkenaan yang kemudian bertindak mengiklankan penemuan tersebut di TikTok dengan harapan pemilik sebenar tampil menuntutnya.
“Keluarga itu tidak dapat menghubungi kami kerana tiada nombor telefon, jadi kami gunakan Global Positioning System (GPS) untuk mengesan komputer tersebut sehingga ke Batu Pahat.

“Mereka juga sengaja menghidupkan komputer riba itu supaya kami dapat mengesannya semula,” katanya.

Ah New turut memuji kejujuran dan sikap amanah keluarga tersebut yang tidak mengambil kesempatan ke atas barangan berharga itu.

Sebagai tanda penghargaan, dia mengajak keluarga berkenaan berkunjung ke kilangnya dan berhasrat untuk membelanja mereka makanan laut.

Di akhir video, kedua-dua pihak turut bertukar nombor telefon bagi memudahkan urusan dan hubungan pada masa akan datang.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Saya kenal keluarga ini, mereka satu keluarga memang orang baik,” ujar @Ceknurmurul.

“Bos ni pun mesti orang baik sebab itu takdir jumpa orang baik,” komen @Mzm.- KOSMO! ONLINE

@ah.new.fishery.sdmacbook anak sy hilang berharga $7500. ????

♬ 原声 – Ah New Fishery Sdn Bhd

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI