LOS ANGELES – Bekas bintang gusti WWE, Kaitlyn mengejutkan peminat apabila tampil dengan imej baharu, lapor sebuah akhbar semalam.
Bekas penggusti itu atau nama sebenarnya, Celeste Bonin menyimpan rambut panjang selama empat tahun tetapi mengejutkan peminat dengan berambut pendek di media sosial, baru-baru ini.
“Saya memotong rambut selepas empat tahun! Diri ini mahukan perubahan dan kemas kini identiti,” katanya.
Celeste, 39, bermula bersama WWE dalam tahun 2020 dan membuat kemunculan pertama menerusi siri NXT dengan memenangi kejuaraan tersebut.
Dia menjuarai Kejohanan Divas pada 2013 tetapi bersara daripada WWE dalam tahun 2014.
Dia menyepi daripada gusti dan hanya muncul sekejap pada 2018 semasa kejohanan wanita Mar Young Classic apabila tewas kepada Mia Yim dalam pusingan kedua.
Celeste kemudian bertukar kerjaya menjadi jurulatih (coach) cinta serta kehidupan dan kerap di media sosial dengan berambut panjang. – AGENSI














