fbpx
Suspek utama akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin pada esok.

Suspek kes bunuh Suri didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suspek utama yang dipercayai membunuh Suri Narudin, 53, sebelum mayatnya diletakkan dalam beg dan ditanam di belakang kediaman dekat Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, akan dituduh esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan bagi kes penemuan mayat berkenaan yang disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah selesai dijalankan dan dirujuk kepada pihak pendakwaan.

“Seorang lagi individu, yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan. Suspek utama akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin pada esok,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan mayat yang ditemukan itu adalah Suri iaitu individu yang hilang berdasarkan laporan Polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember selepas pengesahan melalui padanan cap jari mangsa dan laporan analisis DNA (Deoxyribonucleic acid) oleh adik beradik kandung wanita itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN