MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengakui pasukannya berdepan tamparan hebat selepas kehilangan khidmat kapten, Bruno Fernandes menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Newcastle United, awal pagi Sabtu nanti.
Sebagai rekod, pemain antarabangsa Portugal itu terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan ketika The Red Devils tewas 1-2 kepada Aston Villa, Ahad lalu.
Menurut Amorim, Fernandes hampir mustahil untuk digantikan kerana dia adalah tunjang pasukan tetapi sekarang adalah masa untuk pemain lain membuktikan keupayaan sebenar.
“Mustahil untuk menggantikan Fernandes. Namun, ini adalah peluang pasukan buktikan kita tidak bergantung dengan seseorang pemain.
“Selain Fernandes, kita juga kehilangan khidmat Bryan Mbeumo dan Amad Diallo yang beraksi dalam saingan Liga Negara-Negara Afrika (AFCON) ketika ini,” katanya.
United ketika ini berada di kedudukan ketujuh EPL apabila meraih 26 mata selepas mengharungi 17 perlawanan. – AGENSI














