fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir di Perak, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini di beberapa negeri.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka melibatkan beberapa daerah di Kedah iaitu Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak, kawasan terlibat termasuk Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Hujan turut diramal melanda Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang.

“Cuaca sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Tawau (Tawau dan Kunak),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN