fbpx
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di laluan utama Kepong ke Sungai Buloh.

Wanita pandu Proton Iriz maut kemalangan di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dia pandu terbabit kemalangan di laluan utama Kepong ke Sungai Buloh, berhampiran jejambat Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini hari ini.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, pihaknya menerima panggilan pukul 7.40 pagi sebelum sebuah jentera bersama lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Khairul Nizam Johan mendapati, sebuah kereta jenis Proton Iriz telah terbabas dan melanggar tembok jejambat.

“Seorang mangsa wanita berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Pihak bomba seterusnya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mangsa kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi had laju serta memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN