fbpx
Gambar hiasan

Gangguan sementara sistem global jejas proses daftar masuk lapangan terbang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Gangguan sementara pada sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia dilaporkan telah menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia ketika ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, gangguan berkenaan berkemungkinan memberi impak kepada pemprosesan penumpang.

Katanya, ia seterusnya menyebabkan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang bawah MAHB perlu melaksanakan prosedur kontingensi.

“Situasi di seluruh lapangan terbang kami sedang dipantau dengan teliti selain keselamatan dan keselesaan penumpang kekal sebagai keutamaan utama kami.

“Selain itu, MAHB turut menambah kios layan diri yang membolehkan penumpang mencetak pas menaiki pesawat dan tag bagasi,” katanya hari ini.

MAHB pada masa sama turut menasihatkan penumpang untuk mengikuti panduan daripada pasukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang di terminal.

“Mereka juga perlu menyemak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengemas kini jadual penerbangan terkini selain teruskan dengan daftar masuk dalam talian jika tersedia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN