fbpx
Penduduk di Bertam, Kepala Batas diselubungi misteri apabila pintu rumah mereka diketuk pada tengah malam Jumaat lalu.

Ketukan ‘kom…kom’, angkara manusia atau mistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Penduduk di Bertam, Kepala Batas di sini, membuat bacaan Yasin dan berkawal malam bagi memohon perlindungan dan merungkai misteri ketukan dan salam ‘kom…kom’ sama ada ia dilakukan manusia atau berkaitan mistik.

Sehingga semalam, rata-rata penduduk di Taman Shahbandar, Bentara dan Panglima dikatakan masih berjaga-jaga dan ada yang tidak tidur lena memikirkan kejadian tersebut.

Setiausaha Persatuan Komuniti Shahbandar, Zainuddin Mohamed berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku di taman berkenaan.

“Tetapi, sejak dua hari ini (sehingga semalam) tiada lagi kejadian sama menghantui penduduk di sini. Di grup WhatsApp komuniti pun senyap sunyi dan tiada sebarang perkongsian maklumat terkini berhubung kejadian berlaku sehingga hari ini (semalam).

“Memang ada penduduk yang mengambil inisiatif membuat rondaan malam tapi tak nampak apa-apa kelibat. Kami pun tak pasti punca sebenar kejadian berlaku ataupun ada kaitan dengan unsur mistik.

“Surau kami pun ada menganjurkan bacaan Yasin. Memang kejadian ini sangat misteri sebab ramai penduduk yang diganggu,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, ribuan penduduk di beberapa taman perumahan di Bertam, Kepala Batas di sini menjadi tidak senang duduk apabila kediaman mereka didakwa dihantui dengan ketukan misteri di pintu kayu utama selain kedengaran suara salam ‘kom…kom’, jumaat lalu.

Nada suara lelaki yang sangat kuat dan bunyi ketukan pintu lebih lima kali itu telah mengejutkan puluhan penghuni kediaman dalam kejadian bermula kira-kira pukul 4.50 pagi itu.

Seorang pemilik kediaman di Taman Shahbandar yang hanya mahu dikenali sebagai Juliana, 47, mendakwa, dia terkejut sebaik terdengar ketukan dari pintu kayu hadapan rumahnya jenis teres setingkat selain kedengaran suara lelaki memberi salam kom..kom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN