BEIJING – Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup seekor anak kucing yang disembunyikan di dalam poket bajunya di sebuah pusat kawalan di Hong Kong, lapor portal berita The Standard.
Lelaki berusia 39 tahun itu diberkas di Pusat Kawalan Man Kam To kelmarin.
Tangkapan itu dibuat selepas pegawai kastam menemukan seekor anak kucing tersembunyi di dalam pakaian suspek semasa menjalani pemeriksaan rutin di balai ketibaan.
Kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan untuk siasatan lanjut.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa mengimport haiwan ke Hong Kong tanpa permit yang sah adalah menyalahi undang-undang.
Pesalah boleh berdepan denda sebanyak HK$50,000 (RM26,200) atau penjara setahun. – AGENSI














