fbpx
Gambar-gambar yang terdapat dalam fail Epstein. - X

Imej Trump dipadam dalam fail penyiasatan Epstein 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Gambar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiada dalam ratusan ribu halaman fail ‘bapa ayam’, Jeffrey Epstein yang didedahkan kepada umum oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) kelmarin, lapor akhbar Metro UK. 

Fail yang menampilkan dokumen seperti rekod mahkamah, rakaman video dan imej itu dimuat naik di laman web DOJ kelmarin. 

Ketiadaan rujukan mengenai Trump dianggap aneh kerana nama beliau sering muncul dalam fail tersebut sebelum ini.

Parti Demokrat mengatakan imej yang menampilkan Trump telah dialih keluar daripada fail Epstein. 

“Imej ini, fail 468 daripada fail Epstein yang menampilkan Trump telah dialih keluar daripada pendedahan DOJ,” tulis Oversight Dems di platform X. 

Seorang anggota Demokrat di Dewan Senat, Chuck Schumer menyifatkan tindakan itu sebagai salah satu penutupan terbesar dalam sejarah Amerika. 

“Jika mereka memadam fail tersebut, bayangkan berapa banyak lagi yang mereka cuba sembunyikan,” kata Schumer. 

Selain bekas Presiden AS, Bill Clinton, pendedahan terbaharu itu turut memaparkan foto beberapa penyanyi terkenal seperti Mick Jagger, Michael Jackson, usahawan Richard Branson dan bekas penyampai berita rangkaian televisen CBS, mendiang Walter Cronkite. 

Trump sebelum ini pernah muncul di dalam foto bersama pelbagai wanita tanpa nama. 

Kebanyakan gambar itu tidak disertakan dengan konteks atau tuduhan salah laku secara langsung serta lokasi dan masa ia diambil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN