fbpx
Gambar menunjukkan sejumlah lalat pada perangkap serangga. - Zena Thomas/SWNS

Kampung ‘diserang’ ribuan lalat, langsung tak boleh buka tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penduduk sebuah perkampungan di Britain dibelenggu resah apabila kawasan rumah mereka dihurung beribu-ribu ekor lalat sehingga menjejaskan kehidupan harian, lapor akhbar Mirror UK. 

Kejadian berlaku di Frisby, Lancashire. 

Seorang penduduk bernama Zena Thomas, 60, berkata, masalah itu melanda penduduk selepas sebuah perusahaan penternakan anak lembu dibuka berhampiran rumah mereka beberapa tahun lalu. 

“Apabila saya menceritakan masalah ini kepada orang lain, mereka fikir ia hanya beberapa ekor lalat tetapi sebenarnya beribu-ribu ekor. Anda tidak boleh masuk ke dalam kereta atau membiarkan tingkap terbuka. 

“Orang ramai tidak mahu datang ke sini. Tingkap kereta saya dilitupi najis lalat dan sukar untuk dibersihkan,” kata Thomas yang tinggal di perkampungan itu selama lebih 30 tahun.

Seorang lagi penduduk bernama Sean Roachford, 55, berkata, kehadiran lalat yang semakin banyak setiap tahun menyebabkan cucu-cucunya tidak boleh bermain di taman. 

“Cucu-cucu saya tidak boleh datang ke sini. Lalat-lalat itu menggigit dan mereka perlu berhati-hati. Kami semua pernah digigit dan kami cuba mengehadkan kekerapan mereka berada di luar,” kata Roachford. 

Sementara itu, Agensi Alam Sekitar menyatakan bahawa kes itu berada di luar bidang kuasa mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN