fbpx
Zhang terpaksa membayar bil berjumlah 1,262 yuan selepas rakan-rakannya keluar dari premis selepas selesai makan. - The Paper

Rakan-rakan hilang lepas makan, lelaki bayar bil lebih RM700 seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING  – Seorang lelaki di China terpaksa membayar bil makanan berjumlah 1,262 yuan (RM731) selepas rakan-rakannya bertindak menghilangkan diri selepas makan, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku apabila sebuah kumpulan terdiri daripada 10 orang berkumpul di sebuah restoran di Jiulongpo, Chongqing pada 4 Disember lalu. 

Mangsa dikenali sebagai Zhang berkata, rakan-rakannya keluar premis selepas selesai makan dan meninggalkannya seorang diri. 

“Saya enggan untuk membuat pembayaran kerana perhimpunan itu dianjurkan oleh salah seorang daripada mereka dan saya tidak mampu menanggung kos itu sendiri,” kata Zhang. 

Pemilik restoran membuat laporan selepas Zhang gagal menghubungi rakan-rakannya. 

Dengan campur tangan polis, Zhang diarah untuk menulis dan menandatangani surat perjanjian untuk membayar keseluruhan bil sebelum pukul 6 petang (waktu tempatan) pada keesokan harinya. 

Dia juga meninggalkan kad pengenalannya di restoran tersebut sebagai cagaran.

Zhang bagaimanapun tidak membuat pembayaran seperti yang dijanjikan, dengan alasan bahawa rakan-rakannya belum melakukan transaksi selain mempersoalkan mengapa dia perlu menanggung kos itu sendirian.

Pada 13 Disember, dia menghubungi restoran tersebut dan membayar jumlah bil tertunggak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN