PETALING JAYA – “Nak kongsi kurus je, tak sangka kening jadi perhatian.”
Itu reaksi seorang wanita selepas berkongsi kejayaan menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram mencuri perhatian ramai selepas keningnya yang tebal.
Menerusi hantaran pengguna Threads @Ziez_ie1998, berkongsi perbandingan gambar perubahan fizikalnya daripada 105 kilogram kepada 75 kilogram.
“105 kilogram kepada 75 kilogram. Nak kata saya bangga dengan diri saya,” katanya.
Namun, tumpuan netizen terarah kepada keningnya yang kelihatan tebal menjadi perhatian sehingga wanita tersebut tampil menjelaskan diri.
“Kepada yang bertanya berkaitan kening, kening saya memang tebal, tapi saya tiada bakat nak melukis kening. Tangan gatal nak lukis tapi tak sangka nampak macam terlalu tebal.
“Mungkin sebab pakai filter, kening saya nampak lebih besar dan tebal. Tapi memang kening asli saya memang tebal dari kecil lagi tanpa pakai apa-apa.
Menjengah ke ruang komen, ramai kagum dengan kejayaan berat badan wanita tersebut sehingga menyebabkan keningnya kelihatan lebih tebal berbanding gambarnya sebelum kurus.
“Gambar pertama tak nampak kening tebal sangat. Tapi apa-apa pun awak memang cantik. Saya yang kening nipis ini penat nak kena lukis kening,” komen @Addyrashurri.
“Awak jangan marah tau, turunkan berat badan dah bagus tapi kenapa kening pula yang semakin bertambah,” komen @Chabikochan. –KOSMO! ONLINE














