fbpx
Tangkap layar video sekumpulan remaja lelaki bermain motosikal di Pantai Dalam, Kuala Lumpur sehingga mencetus kemarahan penduduk setempat.

[VIDEO] Ramai berang ‘mat motor’ bising setiap malam di Pantai Dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan remaja lelaki menunggang motosikal dan membuat bising pada waktu malam di Pantai Dalam, Kuala Lumpur mencetus kemarahan penduduk setempat.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Syafiqasyr dia mendakwa kumpulan remaja tersebut kerap bermain motosikal setiap malam di lampu isyarat walaupun sudah membuat laporan polis.

“Makin menjadi budak-budak ini. Setiap malam memekak. Selalu telefon polis, nanti mereka lari sekejap dan datang semula,” katanya. Video berdurasi 25 saat itu memaparkan sekumpulan remaja melakukan aksi lagak ngeri berbahaya sekali gus mengundang kemarahan penduduk setempat.

Sementara itu, pengguna Threads @Ela.razali mengakui pernah berpura-pura menghubungi pihak polis ketika melalui jalan tersebut untuk menakutkan kumpulan remaja tersebut, namun diabaikan.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang berang dengan tindakan berbahaya kumpulan remaja tersebut.

“Boleh letak televisyen litar tertutup (CCTV) mudah sikit nak buat laporan polis kerana pencemaran bunyi. Nak saman pun senang sebab dapat nombor plat motosikal,” cadang @_Azid.sham.

“Sedih tengok mereka macam tiada hala tuju. Ibu bapa pun tak mampu nak kawal anak-anak. Apa yang terjadi kepada mereka pun tiada ihsan daripada orang,” komen @Muzaneeshah. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN