fbpx
SIVANESAN (dalam ambulans) semasa melawat Klinik Kesihatan Gunung Besout yang menerima sebuah ambulans baharu di Sungkai, Tanjung Malim baru-baru ini.

Ambulans baharu kepada 9,000 penduduk Felda Besout selepas 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Kira-kira 9,000 penduduk Felda Gunung Besout lega apabila menerima sebuah ambulans baharu selepas penantian hampir 35 tahun bagi menerima fasiliti perubatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, klinik yang mula beroperasi pada 1986 itu sebelum ini hanya menggunakan ambulans lama diperoleh sekitar tahun 1990-an dan kini sudah uzur.

“Isu kelewatan pembekalan ambulans berkenaan berpunca daripada masalah perolehan di peringkat kementerian, sebelum akhirnya dapat diselesaikan dengan pembekalan ambulans jenis B,” katanya semasa majlis penyerahan ambulans Klinik Kesihatan Gunung Besout di sini baru-baru ini.

Katanya lagi, secara purata, perkhidmatan ambulans di Klinik Kesihatan Gunung Besout digunakan sekitar satu kes sehari yang melibatkan kira-kira 36 kes sebulan.

“Felda Besout merupakan kawasan pedalaman dan kita tidak boleh menafikan keperluan mendesak penduduk di sini terhadap perkhidmatan ambulans yang cekap dan selamat,” katanya.

Ujarnya, pembekalan ambulans sama turut dilakukan di 16 klinik kesihatan lain seluruh negeri iaitu Tanjung Malim, Gunung Rapat, Batu 17, Kota Bharu, Menglembu, Lawin, Lenggong, Kuala Gula, Teluk Medan, Tanjung Piandang, Trong, Buntong, Hutan Melintang, Sungai Siput, Ayer Tawar dan Parit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN