fbpx
GAMBAR fail kawasan tanaman padi yang musnah akibat banjir di Langsa, Sumatera Utara. - Foto AFP

Urus sendiri bencana, Indonesia pulangkan bantuan beras 30 tan kepada UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Bantuan beras sebanyak 30 tan daripada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di Kota Medan, Indonesia telah dipulangkan ke negara berkenaan, lapor portal berita Kompas.com semalam.

“Kami pulangkan beras ini  kepada UAE,” kata Datuk Bandar Kota Medan, Rico Waas ketika ditanya wartawan.

Menurutnya, pemulangan itu dilakukan kerana kerajaan pusat belum membuat keputusan untuk menerima bantuan daripada pihak luar.

“Jadi, kami pulangkan. Kami, Kota Medan, tidak menerima,” ujar Rico dalam rakaman suara yang diterima Kompas.com.

Pemulangan tersebut dikatakan berlaku susulan teguran daripada kerajaan pusat dan Gabenor Sumatera Utara.

Namun, Rico tidak memberikan penjelasan lanjut dan hanya menyatakan bahawa bantuan itu tidak diterima.

“Kami telah menyemak peraturan dan saluran penyampaian. Kami berhubung dengan BNPB (Agensi Pengurusan Bencana Nasional) dan Kementerian Pertahanan, melalui penyelarasan semua pihak dan bantuan, ini (bantuan beras) memang tidak diterima,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan  Presiden Prabowo Subianto mengaku telah dihubungi oleh ramai pemimpin negara luar yang mahu menghantar bantuan ke wilayah terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera.

Prabowo mengucapkan terima kasih dan memaklumkan kepada mereka bahawa Indonesia mampu mengendalikan bencana di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN