fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan mendiang Greg Biffle dan pesawat dinaiki mangsa yang terbakar. – AGENSI 

Nahas jet peribadi ragut nyawa pelumba legenda, 6 yang lain 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seramai tujuh orang termasuk seorang pelumba legenda dan keluarganya terbunuh dalam nahas jet peribadi di negeri Carolina Utara semalam, kata pihak berkuasa dan pegawai perlumbaan NASCAR.

“Seramai tujuh orang berada di dalam pesawat, kesemua mereka terkorban,” kata Syerif Iredell County, Darren Campbell kepada AFP.

Peronda Lebuh Raya Negeri Carolina Utara berkata, pesawat itu baru berlepas apabila ia berpatah balik untuk mendarat sebelum terhempas.

Jet peribadi jenis Cessna Citation 550 itu berlepas dari Lapangan Terbang Statesville, utara bandar Charlotte.

Antara yang terbunuh termasuk bekas pemandu kereta lumba NASCAR, Greg Biffle.

“Keluarga NASCAR amat bersedih dengan kehilangan Greg Biffle yang merupakan salah seorang daripada 75 pemandu terhebat kami dan dikenali kerana kerja kemanusiaan tanpa henti selepas kerjayanya. Kami menyampaikan ucapan takziah yang mendalam,” kata syarikat perlumbaan itu di laman  X.

Mangsa lain ialah isteri Biffle, Cristina Grossu Biffle  dan dua anak mereka, demikian menurut wakil rakyat daripada Parti Republikan, Richard Hudson yang merupakan rakan keluarga berkenaan.

Cuaca mungkin memainkan peranan dalam nahas itu, demikian menurut  media tempatan, yang melaporkan bahawa cuaca buruk pada masa itu termasuk gerimis dan paras awan rendah.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) menyatakan, pihaknya menubuhkan sebuah pasukan untuk menyiasat nahas tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI