fbpx
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tiga dari kanan) melepaskan sekumpulan rama-rama selepas menghadiri majlis memeterai perjanjian francais eksklusif antara Entopia by Penang Butterfly Farm bersama DEMED Group Turkiye di Teluk Bahang.

Entopia tembusi pasaran global, meterai perjanjian dengan DEMED Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Entopia by Penang Butterfly Farm mencatat sejarah baharu apabila memeterai perjanjian francais eksklusif bersama DEMED Group dari Turkiye, semalam.

Perjanjian itu membuka laluan kepada pengembangan jenama dari Pulau Pinang itu ke lapan buah negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengarah Urusan Entopia, Joseph Goh berkata, ia menandakan pengembangan antarabangsa pertama dalam sejarah Entopia, sekali gus mengangkat destinasi pembelajaran alam semula jadi ikonik Pulau Pinang itu ke pentas global melalui pelaksanaan pengalaman Entopia di lapan negara.

Katanya, perjanjian berkenaan amat bermakna ketika organisasi itu menghampiri ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun depan, bermula dengan Penang Butterfly Farm yang diasaskan oleh bapanya, David Goh pada 1986.

“Perjalanan selama empat dekad ini menyaksikan transformasi besar daripada sebuah santuari rama-rama kepada pusat pembelajaran alam semula jadi bertaraf dunia yang dikenali sebagai Entopia sejak 2016.

“Ketika menghampiri usia 40 tahun, kami bersedia memulakan fasa baharu dengan membawa falsafah pembelajaran alam semula jadi Entopia merentasi sempadan negara,” katanya ketika berucap pada majlis memeterai perjanjian francais eksklusif di The Sphere, Entopia, di sini.

Joseph berkata, pengembangan itu melibatkan Turkiye, Rusia, Azerbaijan, Kazakhstan, Qatar, Bahrain, Mesir dan Greece, dengan dua projek Entopia dirancang di setiap negara menjadikannya pelan pengembangan paling besar setakat ini.

Dalam pada itu, Presiden Kehormat DEMED Group dan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Turkiye (TURSAB), Firuz Bağlıkaya berkata, kerjasama tersebut terjalin atas nilai bersama dalam memelihara alam semula jadi serta mendidik masyarakat.

Beliau berkata, DEMED Group mempunyai pengalaman luas merangkumi pelbagai sektor termasuk operasi muzium dengan pengurusan lebih 180 kedai dan kafe muzium di seluruh Turkiye yang menerima jutaan pengunjung antarabangsa setiap tahun.

Menurutnya, DEMED Group dilantik sebagai rakan francais eksklusif Entopia bagi lapan negara terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI