fbpx
NUR AISYAH Mohamad Zubir berjaya meraih pingat emas dalam acara scratch wanita yang berlangsung di Velodrome Hua Mark semalam.

Sukan SEA: Kontinjen negara mula alih sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Kontinjen negara kini mengalihkan fokus untuk mengejar kedudukan empat teratas carta pungutan pingat Sukan SEA Thailand 2025 selepas sasaran 200 pingat keseluruhan pada temasya edisi ke-33 itu telah direalisasikan semalam.

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffry Ngadirin menegaskan bahawa misi baharu kini adalah memintas kedudukan negara jiran, khususnya Singapura dan Filipina, memandangkan Malaysia mempunyai kelebihan baki acara yang berpotensi emas berbanding pencabar lain.

Beliau optimis lonjakan kedudukan boleh berlaku berdasarkan unjuran pingat yang bakal dituai sehingga hari terakhir temasya.

“Sekarang sasaran kontinjen adalah untuk mengatasi negara jiran (bagi merebut kedudukan lebih baik). Kita sedang menjejaki kedudukan Singapura dan melebarkan jurang dengan Filipina.

“Saya anggarkan mereka hanya mempunyai baki sekitar 15 ke 20 pingat di peringkat mereka. Sebaliknya, kita mempunyai peluang untuk meraih lebih kurang 20 pingat emas lagi yang boleh dicapai,” katanya ketika ditemui.

Di Kemboja, Malaysia sekadar di kedudukan tujuh terbaik apabila hanya mampu membawa pulang 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa (175 keseluruhan), namun Singapura terus cemerlang dengan mengutip 51 emas, 43 perak dan 64 gangsa (158 pingat), manakala Filipina pula di kedudukan lima terbaik dengan 58 emas, 86 perak, 116 gangsa (260 keseluruhan).

“Alhamdulillah, kita melepasi sasaran 200 pingat. Jadi, fokus kita adalah merebut tempat terbaik menerusi peluang yang ada termasuk acara sepak takraw yang berlangsung pada 20 haribulan nanti,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI