QINGDAO, China, 18 Disember 2025 /PRNewswire/ — Hisense, iaitu jenama yang terkemuka bagi barang elektronik pengguna dan peralatan rumah global, akan tiba di CES 2026 menerusi tema globalnya "Menginovasi Kehidupan yang Lebih Cerah" bagi mempersembahkan masa depan yang melaluinya inovasi paparan ditakrifkan oleh pendekatan yang lebih berpusatkan manusia. Bagi Hisense, tema ini menggambarkan komitmen yang berterusan untuk mereka bentuk teknologi yang dapat meningkatkan kehidupan seharian—menjadikan skrin dapat dilihat dengan lebih sejadi, digunakan dengan lebih lestari dan lebih menarik dari segi emosi di rumah.
Visi ini akan ditunjangi oleh evolusi Hisense yang terkini bagi RGB MiniLED. Penaiktarafan sebenar terhadap teknologi ini akan memberikan prestasi warna peringkat seterusnya dengan keselesaan mata yang lebih baik dan kecekapan tenaga yang dipertingkat. Sebagai Asal Usul RGB MiniLED, Hisense memikirkan semula enjin cahaya daripada sumber utamanya—memandu industri menuju era paparan baharu dan dalam masa yang sama terus-menerus menerobos sempadan teknologi.
Selain teknologi paparan, Hisense akan turut mempamerkan peralatan rumah dikuasakan AI yang terkini dan inovasi kejuruteraan generasi akan datang yang menggambarkan bagaimana sistem pintar dan terhubung akan membentuk masa depan kehidupan moden. Inovasi-inovasi ini menggambarkan kepercayaan holistik Hisense bahawa kehidupan yang lebih cerah bukan dicipta oleh produk yang terpencil tetapi oleh ekosistem yang direka berdasarkan keperluan insan yang sebenar.
Dengan "Menginovasi Kehidupan yang Lebih Cerah," Hisense akan mendemonstrasikan di CES bahawa masa depan skrin akan direka yang memberi keutamaan kepada orang ramai—dan era kecemerlangan paparan yang baharu akan bermula dengan inovasi RGB MiniLED.
Sidang Akhbar
Tarikh & Masa: Isnin, 5 Januari 2026 – 10:00 PAGI PST
Lokasi: South Convention Center, South Seas Ballroom F, Las Vegas, NV
Reruai Hisense di CES
Tarikh: 6–9 Januari 2026
Lokasi: Reruai #17704, Dewan Tengah, Las Vegas Convention Center, Las Vegas, NV
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna yang beroperasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan ke atas (2023-S3 2025). Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4847290_MS47290_6















