fbpx
Zambry

‘Kita serahkan kepada Setiausaha Agung UMNO’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Kita serahkan kepada Setiausaha Agung UMNO (untuk jawab)”.

Itu kenyataan ringkas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengenai dakwaan akan diadakan usul tergempar UMNO berkaitan perbincangan pengeluaran MIC daripada BN pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.

Perkara itu ditimbulkan susulan konflik yang berlaku di antara kedua-dua parti itu.

“Itu cerita lain la, sebab saya Setiausaha Agong BN, jadi itu urusan UMNO,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Dr. Mohd. Zaidi Md. Zain, dilaporkan berkata, usul berkenaan dijangka di­ba­wa pada PAU yang dijadual ber­langsung pada Januari tahun ha­dapan.

Ia berikutan isu tersebut di­anggap sebagai perkara baharu yang timbul selepas Mesyuarat Agung UMNO Bahagian selesai diadakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI